Himpunan Aman, Apa yang di takuti Sangat ?
Selesai sudah himpunan aman membantah Lynas di Padang MPK-4 Kuantan.Semua berjalan dengan lancar & aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.Berlawanan dengan kenyataan Pemimpin BN/UMNO termasuk Najib & Dr. Mahathir yang mengatakan bahawa himpunan aman tidak sesuai dengan budaya Malaysia yang bakal membawa kepada kekacauan dsb, Perhimpunan hari ini jelas membuktikan bahawa segala dakwaan tersebut tidak benar. Apa-apapun syabas kepada semua pihak, Penganjur, peserta, Pihak Polis & MPK kerana kerjasama yang baik semasa perhimpunan ini...Tahniah !!