Posts

Showing posts with the label Mesin Jahit

Antara Berfikir Aras Tinggi & Bermimpi Aras Tinggi

Image
1. Melihatkan akan soalan-soalan yang ditanya kepada anak-anak yang berusia 12 tahun membuatkan saya tertanya-tanya apa yang kita mahu anak kita capai pada usia semuda itu? Adakah kita mahu mereka berfikir seperti orang yang berusia 20 tahun? atau kita mahu mereka bermimpi (berimaginasi) seperti orang 20 tahun?   2. Sekitar usia 12 tahun, antara kegemaran saya yang utama sepulang sahaja dari sekolah adalah bermain-main dengan mesin jahit tua kepunyaan ibu (atau kakak saya). Saya akan duduk di  bahagian bawah mesin jahit (bahagian dimana kaki digunakan untuk menggerakkan mesin jahit)   3. Saya akan duduk sambil memusing-musing bahagian yang bulat berupa stering di bahagian bawah kanan mesin jahit tersebut. Imiganisinya adalah saya seorang pemandu Bas Lin Siong yang memandu dari Benta ke Jerkoh (kerana itulah laluan pergi dan balik sekolah saya) dan saya membayangkan dimana saya harus memusing stereng untuk belok ke kanan dan kiri   4. Juga saya membayan...