Antara Berfikir Aras Tinggi & Bermimpi Aras Tinggi

1. Melihatkan akan soalan-soalan yang ditanya kepada anak-anak yang berusia 12 tahun membuatkan saya tertanya-tanya apa yang kita mahu anak kita capai pada usia semuda itu? Adakah kita mahu mereka berfikir seperti orang yang berusia 20 tahun? atau kita mahu mereka bermimpi (berimaginasi) seperti orang 20 tahun?
 
2. Sekitar usia 12 tahun, antara kegemaran saya yang utama sepulang sahaja dari sekolah adalah bermain-main dengan mesin jahit tua kepunyaan ibu (atau kakak saya). Saya akan duduk di  bahagian bawah mesin jahit (bahagian dimana kaki digunakan untuk menggerakkan mesin jahit)
 
3. Saya akan duduk sambil memusing-musing bahagian yang bulat berupa stering di bahagian bawah kanan mesin jahit tersebut. Imiganisinya adalah saya seorang pemandu Bas Lin Siong yang memandu dari Benta ke Jerkoh (kerana itulah laluan pergi dan balik sekolah saya) dan saya membayangkan dimana saya harus memusing stereng untuk belok ke kanan dan kiri
 
4. Juga saya membayangkan dimana saya perlu berhenti dan menurunkan penumpang (anak-anak sekolah) disepanjang perjalanan sepanjang laluan dari Benta-Kg. Chin-Kg Sama-Kg Jerkoh
 
5. Saya bayangkan terminal di Jerkoh yang memerlukan saya membuat pusingan balik dari Jerkoh ke Benta.
 
6. Imaginasinya adalah pada usia 12 tahun, saya melaksanakan kerja-kerja seorang pemandu Bas Lin Siong
 
7. Sehinggalah sekarang, apabila saya diberi tugasan untuk mengetuai projek-projek IT syarikat, saya selalu membayangkan saya seperti seorang pemandu bas. Dimana saya harus bermula? Kemana destinasi saya? berapa orang yang saya perlu bawa? berapa tempat saya perlu berhenti (milestone)? dimana destinasi akhir saya? Adakah saya perlu membuat iterasi (beberapa pusingan)? dsb
 
8. Bagi saya untuk anak-anak 12 tahun, kita perlu menggilap keupayaan mereka untuk bermimpi/berimaginasi. Tidak kira apa mimpi mereka, Superhero atau Polis atau Pemain bolasepak dsb asalkan mereka boleh berimaginasi  membuat apa-apa perkara dalam ruang lingkup pemikiran mereka sendiri
 
9. Makanya, apabila anak-anak semuda 12 tahun diminta berimaginasi bahawa objek-objek bukan hidup adalah benda-benda hidup, saya rasa itu adalah kaedah mengajar anak-anak berimaginasi dengan salah, atau kalau ditanyakan kepada mereka konsep faedah keuntungan yang diberi oleh bank terhadap simpanan, itu juga adalah salah
 
10. Biarkan anak-anak dibesarkan dengan imaginasi yang indah-indah (pada pemikiran mereka), jangan dibentuk satu system dimana anak-anak ibarat burung kakaktua yang hanya mahir bercakap apa yang dilatih-tubi oleh tuan mereka. Perkara dalam hidup berlaku bukan mengikut skrip yang diajar, Ia memerlukan kita menghadapi cabaran hidup dan menyelesaikannya mengikut daya imaginasi yang bersesuaian (walaupun sebagai seorang pemandu bas!) 

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Kepada Najib & Muhyiddin: Yang Mana Satu ? 1Malaysia OR Ketuanan Melayu UMNO ?

Utusan Malaysia & Zaini Hassan : Memalukan Bangsa Melayu

Pemikiran Bahaya Mokhtar Senik