Posts

Showing posts from November, 2009

Kota Siputeh : Satu Undang-Undang Tetapi Dua Tafsiran

Menarik untuk meneliti keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan penangguhan kepada keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah.Undang-undang Kedah artikel 51 jelas menyatakan bahawa Sekiranya seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri gagal menghadirkan diri sebanyak dua kali persidangan dewan tanpa kebenaran speaker, maka kerusi tersebut secara automatik adalah kosong . Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang memihak kepada speaker berdasarkan tafsiran diatas, akan tetapi Hakim-hakim mahkamah Rayuan menyatakan bahawa keputusan tersebut perlu ditangguhkan atas alasan bahawa ianya tidak urgent dan juga ianya melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang tidak perlu untuk pilihanraya kecil. Persoalannya, bukankah tanggungjawab para hakim sepatutnya untuk membuat penafsiran terhadap undang-undang dan bukannya membuat undang-undang yang lain?

Malaysia Yang Semakin Korup

Minggu ini merupakan minggu yang penuh dengan pelbagai ukuran terhadap keadaan dan situasi di dalam Negara ini.Pelbagai indeks telah dikeluarkan oleh pelbagai agensi penarafan, samada tempatan ataupun luar negara. 1) Agensi Anti Rasuah (TI) melaporkan bahawa negara Malaysia telah merudum kedudukannya di dalam indeks Rasuah dunia dengan menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara yang dinilai.manakala skor Malaysia juga telah jatuh daripada 5.1 pada tahun 2008 kepada 4.5 pada tahun ini (semakin tinggi skor, maka semakin kuranglah rasuah bagi sesebuah negara).Ini jauh berbeza dengan negara jiran kita iaitu Singpura yang menduduki tangga ke-3 di dalam penilaian persepsi rasuah. 2) Laporan dari Badan kewartawanan antarabangsa yang berpusat di Paris (Wartawan Tanpa Sempadan atau Reporters Without Borders ) juga mengumumkan bahawa kebebasan akhbar di Malaysia juga merudum ke tangga 132 daripada tangga 124 sebelumnya.Kedudukan negara ini jauh lebih mundur dari segi keterbukaan berita/akhbar be...