Kota Siputeh : Satu Undang-Undang Tetapi Dua Tafsiran

Menarik untuk meneliti keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan penangguhan kepada keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah.Undang-undang Kedah artikel 51 jelas menyatakan bahawa Sekiranya seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri gagal menghadirkan diri sebanyak dua kali persidangan dewan tanpa kebenaran speaker, maka kerusi tersebut secara automatik adalah kosong.
Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang memihak kepada speaker berdasarkan tafsiran diatas, akan tetapi Hakim-hakim mahkamah Rayuan menyatakan bahawa keputusan tersebut perlu ditangguhkan atas alasan bahawa ianya tidak urgent dan juga ianya melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang tidak perlu untuk pilihanraya kecil.
Persoalannya, bukankah tanggungjawab para hakim sepatutnya untuk membuat penafsiran terhadap undang-undang dan bukannya membuat undang-undang yang lain?

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Kepada Najib & Muhyiddin: Yang Mana Satu ? 1Malaysia OR Ketuanan Melayu UMNO ?

Utusan Malaysia & Zaini Hassan : Memalukan Bangsa Melayu

Pemikiran Bahaya Mokhtar Senik