Malaysia Yang Semakin Korup
Minggu ini merupakan minggu yang penuh dengan pelbagai ukuran terhadap keadaan dan situasi di dalam Negara ini.Pelbagai indeks telah dikeluarkan oleh pelbagai agensi penarafan, samada tempatan ataupun luar negara.
1) Agensi Anti Rasuah (TI) melaporkan bahawa negara Malaysia telah merudum kedudukannya di dalam indeks Rasuah dunia dengan menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara yang dinilai.manakala skor Malaysia juga telah jatuh daripada 5.1 pada tahun 2008 kepada 4.5 pada tahun ini (semakin tinggi skor, maka semakin kuranglah rasuah bagi sesebuah negara).Ini jauh berbeza dengan negara jiran kita iaitu Singpura yang menduduki tangga ke-3 di dalam penilaian persepsi rasuah.
2) Laporan dari Badan kewartawanan antarabangsa yang berpusat di Paris (Wartawan Tanpa Sempadan atau Reporters Without Borders) juga mengumumkan bahawa kebebasan akhbar di Malaysia juga merudum ke tangga 132 daripada tangga 124 sebelumnya.Kedudukan negara ini jauh lebih mundur dari segi keterbukaan berita/akhbar berbanding dengan negara-negara kecil lain seperti Kemboja dan Timor-Leste.
3) Begitu juga pencapaian Malaysia dari segi ukuran Pembangunan Sumber Manusia (HDI) yang diukur oleh PBB, Kedudukan negara juga jatuh dari tangga 61 kepada kedudukan 69 sekarang. Ini bermakna negara kita tidak memberikan perhatian khusus untuk membangunkan sumber tenaga manusia tempatan yang menjadi tonggak kepada pembangunan negara ini.
Berdasarkan penilaian beberapa perkara di atas, dari segi jangka masa sederhana dan panjang, keupayaan kita untuk mencapai status negara maju adalah amat malap sekali, kecuali berlaku perubahan besar dari segi struktur pentadbiran negara ini dilakukan oleh kerajaan yang memerintah ataupun rakyat membuat perubahan di pilihanraya yang akan datang

Comments
Post a Comment