Bersabarlah dengan Kesabaran yang Terbaik
فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ
1. Sekadar renungan buat sahabat baik yang sedang diuji oleh Allah dgn mengalami gering yg agak berat dan sedikit kesukaran hidup
2. Antara kisah epik di dalam sejarah manusia adalah kisah hidup Nabi Yusuf A.S(Joseph) dan bapaknya Nabi Yaakub A.S (Jacob)
2. Ujian yg pertama dtg apabila anak kesayangan Nabi Yaakub, iaitu Yusuf dihumbankan kedalam perigi oleh saudara kandung mereka yg irihati dgn kasih syg yg d tunjukkan kpd Yusuf oleh Nabi Yaakub. Apabila berita palsu yg disampaikan kepada Nabi Yaakub yang kononnya Yusuf sudah dimakan serigala, antara ucapan Nabi Yaakub setelah meluahkan kekecewaannya adalah, "Maka aku akan bersabar dengan sebaik-baik sabar"
3. Sekali lagi, apabila berita yang kali ini benar yang adik kepada NabinYusuf yang bernama Bunyamin, di tangkap di Mesir atas tuduhan mencuri cupak di Raja sampai kepada Nabi Yaakub, sekali lagi beliau mengucapkan ucapan yang sama, "Maka aku akan bersabar dengan dengan sebaik-baik sabar"
4. Tidaklah kita ini sampai ke tahap mereka, akan tetapi, pengajarannya adalah, walau dalam keadaan dan susah yang teruk sekalipun, berusahalah dan bersabarlah dengan sebaik-baik sabar yang termampu.Tidak mungkin Allah yang Maha luar rahmatnya akan membiarkan hamba-hambanya menderita selagimana kita tidak berputus asa.
Comments
Post a Comment