Posts

Showing posts from December, 2009

Muafakat Baru Untuk Malaysia

Image
Menarik untuk diteliti perihal kesepakatan 3 parti Pakatan Rakyat(PR) semasa berkonvensyen di Shah Alam Sabtu lepas. Terdapat 4 perkara asas yang disepakati oleh PKR-PAS-DAP yang terkandung di dalam dokumen Muafakat Baru Untuk Malaysia. 1. Perlaksanaan sistem demokrasi tulen dan telus dimana Perlembagaan Malaysia terus dijulang sebagai teras kepada sistem demokrasi Beraja yang diamalkan di negara ini.Perlembagaan 152 & 153 yang memberi kedudukan istimewa kepada Bahasa Melayu dan Orang Melayu & Bumiputra Sabah-Sarawak terus dipertahankan, malah akan dibuat penambahbaikan untuk menjamin keadilan kepada bangsa-bangsa yang lain.Malah yang lebih penting adalah komitmen mengenai pemisahan kuasa antara Eksekutif,Parlimen dan Kehakiman adalah sesuatu yang dinantikan oleh rakyat negara ini. 2. Formula Baru yang adil untuk sistem ekonomi Malaysia , Kebejatan sistem pemerintahan BN yang memanipulasi sistem kehakiman, eksekutif dan Parlimen telah menyebabkan kacau bilau di dalam sistem ek...

Dinamika Politik

Lega apabila mendengarkan yang Dr. Jeffery Kitingan bersetuju untuk mengekalkan jawatan beliau di dalam PKR sebagai Naib Presiden bagi menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak. Melihat kembali sekitar sebulan yang lalu nampak macam PKR Sabah akan terpecah kepada beberapa kelompok,namun kudos kepada kecekapan dan kebijaksanaan pemimpin parti dan juga sifat tolak ansur Dr. Jeffery yang membawa kepada penyelesaian kemelut yang melanda. Apa yang diharapkan, penyelesaian ini akan berkekalan membawa kepada PRU13 yang akan datang dalam usaha PR untuk menawan Putrajaya

Prominent Coverage for the PM's wife

I remember when Altantuya's case was given wide coverage in the main stream media a year ago.An allegation came into the surface that the wife or DS Najib i.e Rosmah Mansor, DPM then was alleged as the mastermind behind the murder.However she was candid enough to quipped off such allegation by saying that " I am nobody...Just A wife to the Politician", I was naive enough then to believe her claim.... But of late, i notice that almost everyday she will get airtime either on TV of newspaper.Last sunday TV1 news aired the groundbreaking ceremony officiated by Rosmah Mansor at UKM whilst in the morning she was officiating another "Tarian Malaysia" in town. And also last thursday The Star published a full page "Selamat Hari Jadi" advertorial at page37 sponsored by Trunk Sdn. Bhd and Waiko Engineering Works Sdn. Bhd. Management (Never heard of these two companies before). So, is she just ONLY a politician's wife or much more than that? Well, we just wai...

Utusan Malaysia & Zaini Hassan : Memalukan Bangsa Melayu

" Tak apalah. Orang Melayu tidak seperti orang India, walaupun ada juga Melayu yang darah keturunan keling (DKK) , tapi darah Melayu yang lembut banyak menguasai mereka ." -Petikan dari ruangan pojok Zaini Hassan, Utusan Melayu 9 dis 2009. Tidak dapat dibayangkan apa yang bermain di kotak fikiran Zaini Hassan ketika menulis ungkapan di atas.Apa yang cuba beliau perkatakan, apakah keperluan untuk meletakkan DKK dalam penulisan beliau.Kalau beliau ingin mengatakan bahawa orang India yang ada darah campuran Melayu mempunyai sikap yang lemah lembut, mengapa tidak dikatakan sahaja sebegitu? atau terus gunakan ungkapan Mamak yang selalunya dirojok kepada kelompok tersebut. Atau beliau sengaja ingin membakar api perkauman kaum India supaya bertindak balas diluar batasan pemikiran manusia normal?Apa keperluannya untuk bertindak sedemikian? adakah ianya selaras dengan dasar 1Malaysia gagasan PM Najib? Saya rasa PM Najib perlu memberikan kursus khas kepada pengamal media Pro-UMNO/BN t...

Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan

Image
Menarik untuk dirujuk mengenai Artikel 153 yang berkaitan dengan Kedudukan Istimewa Orang Melayu & Anak Peribumi Sabah Dan Sarawak yang diperuntukkan dibawah Kerajaan Persekutuan.Dimuat naikkan seperti dibawah : ------------------------------------------------------------------ Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini. (2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana...

James Masing Vs Penan : Siapa Yang Bercakap Benar

Agak mengejutkan dan mendukacitakan apabila mendengar isi temuramah antara BBC dengan Menteri Kanan Sarawak Dr. James Masing.Antara lain beliau mengatakan bahawa tuduhan penderaan seksual keatas wanita Penan adalah tidak berasas kerana hubungan seks yang berlaku di antara pekerja balak dan wanita Penan adalah atas dasar suka sama suka.Malah beliau mengatakan wanita Penan yang dikenali sebagai Mary yang didakwa telah didera dan dirogol oleh pekerja syarikat pembalakan sebagai penipu dan suka membuat cerita. Namun apa yang perlu diberi perhatian disini ada terhadap sikap seorang menteri yang mewakili Kerajaan BN terhadap rakyatnya.Apakah nilai seorang rakyat dimata Menteri tersebut ? Adakah nilainya sama seperti sampah? tanpa rasa sebarang rasa perihatin beliau membuat kenyataan sedemikian?Jelas terbukti sikap BN terhadap rakyat jelata.