Utusan Malaysia & Zaini Hassan : Memalukan Bangsa Melayu

"Tak apalah. Orang Melayu tidak seperti orang India, walaupun ada juga Melayu yang darah keturunan keling (DKK), tapi darah Melayu yang lembut banyak menguasai mereka."
-Petikan dari ruangan pojok Zaini Hassan, Utusan Melayu 9 dis 2009.

Tidak dapat dibayangkan apa yang bermain di kotak fikiran Zaini Hassan ketika menulis ungkapan di atas.Apa yang cuba beliau perkatakan, apakah keperluan untuk meletakkan DKK dalam penulisan beliau.Kalau beliau ingin mengatakan bahawa orang India yang ada darah campuran Melayu mempunyai sikap yang lemah lembut, mengapa tidak dikatakan sahaja sebegitu? atau terus gunakan ungkapan Mamak yang selalunya dirojok kepada kelompok tersebut.

Atau beliau sengaja ingin membakar api perkauman kaum India supaya bertindak balas diluar batasan pemikiran manusia normal?Apa keperluannya untuk bertindak sedemikian? adakah ianya selaras dengan dasar 1Malaysia gagasan PM Najib?

Saya rasa PM Najib perlu memberikan kursus khas kepada pengamal media Pro-UMNO/BN tentang konsep 1-Malaysia beliau.

Comments

  1. Kita perlukan lebih ramai orang yang berfikiran rational dan bertoleransi, seperti anda. Hapuskan sifat perkauman dan keterlampauan, demi kemakmuran dan keamanan negara tercinta.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Soalan Kepada Najib & Muhyiddin: Yang Mana Satu ? 1Malaysia OR Ketuanan Melayu UMNO ?

Pemikiran Bahaya Mokhtar Senik