Muafakat Baru Untuk Malaysia

Menarik untuk diteliti perihal kesepakatan 3 parti Pakatan Rakyat(PR) semasa berkonvensyen di Shah Alam Sabtu lepas. Terdapat 4 perkara asas yang disepakati oleh PKR-PAS-DAP yang terkandung di dalam dokumen Muafakat Baru Untuk Malaysia.


1. Perlaksanaan sistem demokrasi tulen dan telus dimana Perlembagaan Malaysia terus dijulang sebagai teras kepada sistem demokrasi Beraja yang diamalkan di negara ini.Perlembagaan 152 & 153 yang memberi kedudukan istimewa kepada Bahasa Melayu dan Orang Melayu & Bumiputra Sabah-Sarawak terus dipertahankan, malah akan dibuat penambahbaikan untuk menjamin keadilan kepada bangsa-bangsa yang lain.Malah yang lebih penting adalah komitmen mengenai pemisahan kuasa antara Eksekutif,Parlimen dan Kehakiman adalah sesuatu yang dinantikan oleh rakyat negara ini.


2. Formula Baru yang adil untuk sistem ekonomi Malaysia, Kebejatan sistem pemerintahan BN yang memanipulasi sistem kehakiman, eksekutif dan Parlimen telah menyebabkan kacau bilau di dalam sistem ekonomi dan sistem yang lainnya seperti sosial, pendidikan dsb.Dengan Formula ekonomi yang baru yang lebih adil dan telus, semua kelompok masyarakat terutamanya rakyat bawahan akan mendapat manfaat daripadanya tanpa mengira kaum dan agama.


3. Fokus kepada Keadilan Sosial dan Pembangunan Modal Insan merupakan satu perkara yang tidak diberi perhatin oleh Kerajaan BN selama ini. Pembangunan fizikal mestilah dilengkapi dengan pembangunan Insan yang diperlukan untuk mentadbir dan menguruskan segala prasarana fizikal yang dibangunkan.


4. Hubungan Federal-Negeri dan Luar Negara juga diberi perhatin khusus. Jika selama ini 2 negeri di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak diberi layanan kelas kedua oleh Kerajaan BN, Pakatan Rakyat menjamin bahawa hubungan yang lebih mantap dan adil akan diberikan kepada mereka selaras dengan semangat Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Kepada Najib & Muhyiddin: Yang Mana Satu ? 1Malaysia OR Ketuanan Melayu UMNO ?

Utusan Malaysia & Zaini Hassan : Memalukan Bangsa Melayu

Pemikiran Bahaya Mokhtar Senik