Fragmen Hidup : Mentor Yang Tidak Di Dendang
1. Agak hormat dan kagum kepada mereka yang berupaya bangkit dari kegagalan dan menyusun kembali hidup mereka untuk mencapai apa yg dihajati
2. Apabila membaca kisah rakan2 yg gagal dlm peperiksaan SRP,SPM, Universiti dsb dan kemudian mereka bangkit berjuang dgn menyusun pelbagai strategi dan berusaha utk berjaya, atau apabila saya melihat rakan2 yg mungkin agak terkebelakang semasa disekolah dan mendapat keputusan yg biasa2 sahaja dlm peperiksaan tetapi kemudiannya mereka bertatih dari mengambil Sijil,Diploma,Ijazah smp keperingkat Masters, timbul rasa kagum dan salute kpd mereka
3. Kenapa? Sekiranya saya berada dikedudukan mereka, saya tak fikir saya akan punya kekuatan dan daya tahan untuk bangkit seperti mereka dan melakar kejayaan mencapai apa juga impian di dalam hidup
4. Apabila membaca kisah yg mereka tulis tentang rahsia atau resepi kejayaan mereka, satu faktor yg sentiasa di angkat adalah mempunyai pendorong/mentor atau dlm istilah skrg jurulatih, even saya pernah dengar dari Pengerusi CIMB Dato Seri Nazir Razak pernah mengatakan untuk seseorang berjaya dlm apa2 juga bidang, dia perlukan mentor, "Even Tiger Woods needs Coach", sekadar meminjam quote beliau
5. Ini mengingatkan saya kepada seorang yg kira saudara jauh di Kampung yg sentiasa mengambil berat akan pelajaran saya dari saya darjah 2 (seingat saya) sampailah lepas SPM.Saya memanggil beliau dengan nama Embong Hamzah dan kerana beliau punya kebun berhampiran dgn rumah pusaka emak saya, maka hampir setiap hari saya akan bersembang dgn beliau setiap kali pulang dari sekolah
6. Oleh kerana saya juga sekelas dengan anak beliau dari sekolah rendah smp ke form 3, maka tarikh bila kad laporan dikeluarkan oleh guru beliau turut tahu & beliau akan selalu meminta utk melihat buku rekod markah periksa saya. Kemudian beliau akan memberi nasihat tentang subjek mana yg saya bagus dan subjek yg mana saya perlu perbaiki sambil bertenggek atas motor Honda Cub beliau, masih saya ingat nombor platnya TC1184
7. Pada ketika itu saya tidak faham bgmana beliau membuat analisa ttp saya beri perhatian akan subjek2 yg saya perlu usaha untuk dapatkan markah yg lagi baik
8. Begitu juga semasa majlis penyampaian hadiah, pihak sekolah akan mengeluarkan buku aturcara dan senarai pelajar yang dapat hadiah.Beliau selalu memberi ingat kpd saya siapa yg akan memotong saya berdasarkan keputusan tahun itu sekiranya saya tidak memberi tumpuan kepada subjek2 tertentu
9. Hal ini berlanjutan sampai saya mengambil peperiksaan SRP, beliau adalah orang yg pertama melihat slip keputusan SRP dan mencdgkan sy mengambil aliran Sains pada Tingakatan 4
10. Walau terpisah selama kira2 2 tahun semasa saya bersekolah di Raub, apabila keputusan SPM diumumkan, beliau masih lg mengusahakan kebun disebelah tanah ibu saya dan beliau meminta utk melihat slip keputusan SPM sy selang beberapa hari keputusan diumumkan, yg mana saya dgn rela hati menunjukkan kpd beliau
11. Saya selalu berfikir, kalaulah tidak kerana beliau yg selalu memberi nasihat dan menganalisa keputusan peperiksaan saya, mungkin agak sukar utk saya merancang utk menghadapi peperiksaan dengan lebih tersusun
12. Apabila memasukki alam pekerjaan, kami masih kerap bersembang di Kg Sama pd masa saya pulang ke Kampung.Agak menyedihkan apabila saya mendapat tahu yg beliau telah meninggal dan beritanya sampai kepada saya beberapa hari sesudah arwah tiada
13. Agak istimewa bagi saya peranan Embong Hamzah ini yang mungkin saya tak sempat mengucapkan Terima Kasih semasa hayatnya. Perkara yg termampu utk saya buat hanyalah sekadar memanjatkan Doa kepada Allah s.w.t di sisi Maqam Ibrahim, Baitullah pada bulan Disember, 2014 dengan menyebut namanya secara khusus supaya diberikan rahmat oleh Allah kepada rohnya dengan diampunkan segala dosa-dosanya dan dikurniakan rezeki yang melimpah dari Yang Maha Berkuasa di alam barzakh.Aameen.

Comments
Post a Comment