Pemikiran Bahaya Mokhtar Senik
1. Mungkin kepada yang membaca tulisan Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang menganggapnya sebagai satu sindiran dan satira semata-mata
2. Namun apabila kita teliti, setiap baris tulisannya, ia menggambarkan satu jenis pemikiran melampau yang sudah pasti beliau akan tanamkan ke dalam pemikiran pengikut beliau (macam Al-Maunah juga)
3. Cuba lihat akan sindiran beliau terhadap Peguam dan Ahli Parlimen Sepang iaitu YB Hanipa Maidin.Sy tidak berkisah sangat terhadap intimidasi beliau yang mengatakan Hanipa Maidin sebagai peguam Low Class (walau saya rasa standard Mokhtar Senik adalah jauh lagi rendah dari Hanipa Maidin dari segi latar belakang pendidikan)
4. Namun begitu, mengaitkan seolah-olah bahawa kalau terdapat kritikan terhadap apa-apa juga aktiviti anjuran PAS seperti himpunan Fastaqim, ia seolah-olah mengkritik terhadap amalan ibadat anjuran Islam
5. Juga, Mokhtar Senik seolah-olah,sudah menjatuhkan hukuman sesat akidah terhadap Hanipa Maidin dengan menyatakan nanti semasa sakratul maut beliau akan berasa akan ancaman siksaan dari Allah s.w.t akibat kritikan beliau terhadap PAS
6. Saya tidak tahu dari mana asalnya hujjah Mokhtar Senik berkata sedemikian, tetapi saya lihat banyak pengikut-pengikut PAS menjadikannya sebagai ancaman/ugutan terhadap sesiapa yang mengkritik amalan berpolitik mereka
7. Nasihat saya, berpada-padalah dalam menjatuhkan hukuman, ikutlah apa yang dibuat oleh nabi-nabi terdahulu di dalam memohon kepada Allah s.w.t supaya melimpahkan rahmat kepada umat mereka walau umat tersebut berada di dalam kesesatan yang nyata (tidak menyembah Allah dan ingkar akan suruhannya)
8. Lihat bagaimana ungkapan Nabi Allah Isa Ibni Maryam " Wahai Tuhanku, sekirangya engkau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu, sekiranya engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya engkau adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
9. Juga bagaimana Nabi Allah Ibrahim berasa belas terhadap umatnya dan generasi selepasnya dengan berdoa " Sesungguhnya sesiapa yang mengikuti ajaranku, maka sesungguh dia termasuk dari kalanganku, barangsiapa yang mengingkariku maka sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
10. Jadinya, Mokhtar Senik mengajar orang dengan cara ugutan berdasarkan ajaran siapa?

Comments
Post a Comment