Posts

Masjid & Brussels

Image
Gembira dapat kembali ke Malaysia walau untuk sekejap sahaja sebelum tugasan seterusnya.Perkara yang saya agak gembira semasa di Brussels adalah terdapat agak ramai umat Islam yang masih cekal mengamalkan kehidupan beragama seperti sembahyang berjemaah di masjid untuk solat 5 waktu.Walau masjid hanya dibuka semasa waktu solat dan dikunci lebih kurang dalam 30 minit selepas waktu solat berjemaah atas apa-apa sebab, saya rasa itu agak OK memandangkan mereka diperintah oleh kerajaan yang bukan Islam. Tiga masjid utama yang sempat saya pergi adalah Masjid Omar Al Khattab,Masjid Besar Brussels & Masjid Khalil.Moga punyai kesempatan di lain waktu, Insyaallah.

Permulaan Sekali Lagi

Image
Tak pernah terfikir untuk memulakan sesuatu sekali lagi selepas bertanding di dalam PRU13 yang lepas, namun peluang untuk mengutip pengalaman tidak selalu datang, bermula dengan cubaan main-main dengan "head hunter" yang sedang mencari data management professional di Asia untuk sebuah syarikat insurans yang berpangkalan di Belgium. Pendek cerita, tercampak ke Hong Kong untuk 2 minggu, seterusnya sebulan di benua Eropah sebelum pulang sekejap ke KL untuk tugasan seterusnya di Asia Tenggara. Menganalisa data dan maklumat sudah menjadi darah daging, Alhamdulillah dapat menyesuaikan diri dengan agak baik dipersekitaran yang asing. Moga Allah selalu memberkati.

Himpunan Aman, Apa yang di takuti Sangat ?

Image
Selesai sudah himpunan aman membantah Lynas di Padang MPK-4 Kuantan.Semua berjalan dengan lancar & aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.Berlawanan dengan kenyataan Pemimpin BN/UMNO termasuk Najib & Dr. Mahathir yang mengatakan bahawa himpunan aman tidak sesuai dengan budaya Malaysia yang bakal membawa kepada kekacauan dsb, Perhimpunan hari ini jelas membuktikan bahawa segala dakwaan tersebut tidak benar. Apa-apapun syabas kepada semua pihak, Penganjur, peserta, Pihak Polis & MPK kerana kerjasama yang baik semasa perhimpunan ini...Tahniah !!

Facebook vs Blog

Salam semua, Lama sungguh tidak mengemaskini blog peribadi saya ini. Tanpa sebarang alasan...Azam baru adalah untuk mengemaskini sekerap mungkin pada tahun 2011....Angkara facebook ler ni.See semua nanti.

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Image
Attended wedding funcion of my elder brother recently at Pokok Sena Kedah.Pleasant surprise to see the MP for Pokok Sena Dato Mahfuz Omar was there with small group of his friends.Then the ADUN Bukit Pinang also pop in...Very casual, No Protocol,Nothing...The rest of our Pemimpin should emulate this good practice.

Kenapa Pilih KeADILan ?

Perkembangan sehari dua ini nampaknya agak mendebarkan. Sedang negara diancam kemelut berkenaan dengan penggunaan kalimah "Allah" terdapat tangan-tangan ghaib yang ingin mengeruhkan lagi keadaan dengan mengadu-dombakan masyarakat pelbagai bangsa & anutan agama.Gereja dibakar,Masjid dibakar dan dicemari dengan Kepala Khinzir...kelihatannya semacam ada perancangan tersusun untuk menyemarakan api perkauman dan sentimen keagamaan. Kerajaan juga tidak mengambil tindakan yang tegas di dalam kes ini. Di dalam Parti KeADILan sendiri nampak semacam terdapat perbezaan pendapat yang jelas diantara ahli-ahli.Yang kelihatan menonjol perbezaan pendapatnya adalah YB Zulkifli Nordin dari Kulim-Bandar Bharu.Jelas pandangan dan kenyataan beliau jauh menyimpang dari pendirian parti. Pandangan dari Dato' Zaid Ibrahim juga tidak banyak memulihkan keadaan, dengan memberi pelbagai gelaran kepada KeADILan melalui blognya seperti "PKR just poor version of UMNO" agak keterlaluan. Ki...

Struggle For the Peoples Come First

Quite strange to see some of the leaders be it at the National or State level that act selfishly over trivial matter.Hard to understand if someone went to lodge a police report because someone else propose some amendmends to be done on certain Syariah Law. Equally puzzling when some leaders threaten to resign just because he/she did not given due recognition during functions attended by Party Leaders.Question is does it really matter if our named been mentioned by the Mr. Emcees during speeches ? Does it really matter if we, as a leader being seated at the front row during functions or dinner? Gossshhh...Where are the bigger framework that we always talk about ? High time for our leaders to change our mindset and attitude on this trivial matter.We must focus on serving the peoples doesn't matter about hospitality given to us.