Kenapa Pilih KeADILan ?
Perkembangan sehari dua ini nampaknya agak mendebarkan. Sedang negara diancam kemelut berkenaan dengan penggunaan kalimah "Allah" terdapat tangan-tangan ghaib yang ingin mengeruhkan lagi keadaan dengan mengadu-dombakan masyarakat pelbagai bangsa & anutan agama.Gereja dibakar,Masjid dibakar dan dicemari dengan Kepala Khinzir...kelihatannya semacam ada perancangan tersusun untuk menyemarakan api perkauman dan sentimen keagamaan. Kerajaan juga tidak mengambil tindakan yang tegas di dalam kes ini.
Di dalam Parti KeADILan sendiri nampak semacam terdapat perbezaan pendapat yang jelas diantara ahli-ahli.Yang kelihatan menonjol perbezaan pendapatnya adalah YB Zulkifli Nordin dari Kulim-Bandar Bharu.Jelas pandangan dan kenyataan beliau jauh menyimpang dari pendirian parti.
Pandangan dari Dato' Zaid Ibrahim juga tidak banyak memulihkan keadaan, dengan memberi pelbagai gelaran kepada KeADILan melalui blognya seperti "PKR just poor version of UMNO" agak keterlaluan.
Kita perlu sedar KeADILan lahir dari aspirasi rakyat yang menentang kekejaman terhadap DSAI dengan tuduhan yang melampau dan tidak masuk akal.Ia bermula dari reformasi jalanan dan akhirnya membawa kepada penubuhan Parti KeADILan Nasional sebelum bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia.
Masih banyak yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memperkukuhkan lagi Parti ini untuk meletakkannya setanding dengan parti-parti yang lain yang telah lama bertapak.Setiap kelemahan perlu diperbaiki, akan tetapi dengan hanya memberikan kenyataan ayng negatif, ia tidak akan menperkuatkan parti ini, malah kita hanya memberi peluang kepada musuh untuk mengambil kesempatan.Berikan peluang,gunakan saluran yang ada untuk menegur dan memberi pendapat. Kritikan melampau diblog tidak akan membawa kebaikan kerana pembaca akan membuat tafsiran sendiri yang kadang-kadang menyimpang jauh dari maksud yang tersirat....
Tujuan asas KeADILan dan Pakatan Rakyat(PR) adalah sangat mudah difahami, iaitu untuk menubuhkan Kerajaan Yang Adil,Telus dan Bertanggungjawab.Noktah.

Comments
Post a Comment