Masjid & Brussels
Gembira dapat kembali ke Malaysia walau untuk sekejap sahaja sebelum tugasan seterusnya.Perkara yang saya agak gembira semasa di Brussels adalah terdapat agak ramai umat Islam yang masih cekal mengamalkan kehidupan beragama seperti sembahyang berjemaah di masjid untuk solat 5 waktu.Walau masjid hanya dibuka semasa waktu solat dan dikunci lebih kurang dalam 30 minit selepas waktu solat berjemaah atas apa-apa sebab, saya rasa itu agak OK memandangkan mereka diperintah oleh kerajaan yang bukan Islam. Tiga masjid utama yang sempat saya pergi adalah Masjid Omar Al Khattab,Masjid Besar Brussels & Masjid Khalil.Moga punyai kesempatan di lain waktu, Insyaallah.






Comments
Post a Comment