Arak & JIM : DAP perlu jaga kepentingan semua kaum & Agama juga
Agak terkesan dengan beberapa isu yang berlaku di negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat(PR).
1. Kenyataan dari YB Jeff Ooi mengenai seorang ahli majlis dari KeADILan yang dikatakan extremis agama aga keterlaluan dan mengguris hati orang Islam.Sepatutnya sebelum beliau mengeluarkan kenyataan tersebut beliau seharusnya merujuk kepada pimpinan PR (ataupun KeADILan) mengenai keahlian individu tersebut di dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) di mana JIM merupakan NGO sama seperti SIS, SUARAM dll.Untuk menyamakan JIM seolah-olah seperti Jemaah Islamiah (JI) adalah tidak benar sama sekali.YB Jeff memang sepatutnya memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau sekiranya beliau seorang yang berhati besar.
2. Tindakan YB Hassan Ali menyokong rampasan minuman beralkohol dari outlet 7-Eleven di Shah Alam juga mendapat reaksi yang agak melampau dari YB Ronnie Liu, dimana beliau telah mengarahkan supaya rampasan tersebut dipulangkan.Memang tidak termasuk di dalam bidang kuasa Penguatkuasa Tempatan untuk membuat rampasan barangan tersebut (* tidak pasti yang ini, banyak terlihat rampasan yang dibuat oleh Penguatkuasa DBKL) akan tetapi YB Ronnie & DAP seharusnya melihat tindakan tersebut sebagai menjaga kepentingan orang Islam yang majoritinya menetap di Shah Alam dan majoritinya tidak meminum arak.Bagi yang bukan Islam yang meminum arak mereka boleh mendapatkannya dengan mudah di Pasaraya seperti Giant & TESCO yang melambak di Shah Alam, ataupun di restoran-restoran yang tidak halal di Bandaraya tersebut.
Amat malang sekiranya disebabkan perkara yang remeh sebegini menyebabkan BN/UMNO mendapat bola tanggung untuk membelasah PR disebabkan ketidakmatangan kita.Wassalam

Comments
Post a Comment