Adakah Kita Di Persimpangan Ataupun Di Tepi Jurang ?
Amat merisaukan melihat perkembangan politik di dalam negara kita sekarang.Suka atau tidak suka, pentadbiran negara ini dan juga negeri-negeri di dalamnya diamanahkan oleh Rakyat kepada pemimpin-pemimpin yang bergabung di dalam parti-parti politik
Samada Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional, pada parti-parti politik ini tergalas beban amanah yang amat berat.Pakatan Rakyat mentadbir 4 negeri manakala selebihnya oleh Barisan Nasional. Diperingkat pusat pula BN masih lagi mentadbir Malaysia walaupun tanpa majoriti 2/3.
Ramai sudah mengetahui, UMNO yang menerajui BN sentiasa dilanda krisis disebabkan oleh 'warlords' yang menguasai UMNO itu sendiri.Mereka menikam sesama sendiri untuk menuju puncak kuasa dan pelbagai salah laku rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya sudah menjadi identiti UMNO.Namun ini semua dapat ditutup dari pandangan umum oleh media massa yang dikuasai oleh BN/UMNO
Beralih kepada Pakatan Rakyat (PR), perkembangan semasa juga merungsingkan,bermula dengan isu kerajaan perpaduan dengan UMNO yang menyebabkan sedikit pergeseran antara parti-parti di dalam komponen PR.
Namun begitu, perkembangan di dalam parti PAS juga amat membimbangkan dengan pertembungan antara pimpinan tertinggi iaitu Mursidul Am dan pimpinan esekutif mengenai tindakan yang patut diambil terhadap sebilangan kecil pemimpin PAS yang bertindak tidak selari dengan agenda PR.
Juga tidak kurang membimbangkan mengenai kemelut yang melanda PKR terutamanya di Malaysia Timur mengenai kepimpinan di negeri masing-masing.
Diharapkan kemelut ini tidak berpanjangan kerana sepatutnya dikala BN menghadapi krisis, PR berada dalam keadaan yang mantap untuk berhadapan dengan BN di Pilihanraya umum yang akan datang.
Akan tetapi yang paling tidak dapat dibayangkan adalah, kesemua parti-parti politik ini berada di dalam keadaan krisis sehingga tidak ada satupun yang berupaya untuk mentadbir dan mengurus negara yang tercinta ini,maka kita akan terdedah kepada malapetaka yang amat dahsyat dan yang menjadi mangsanya tentulah rakyat jelata.Harap ini dapat dijauhkan dari kita oleh yang Maha Berkuasa.

Parti-parti komponen BN juga hebat dengan krisis mereka, MCA dengan pertembungan antara
Presiden dan Bekas Timbalan Presiden yang dipecat, juga perebutan kuasa antara mereka. Begitu juga dengan MIC,PPP dan komponen yang lain di Sabah dan Sarawak.

Comments
Post a Comment