Arah Haluan KeADILan
Menarik untuk melihat pelbagai reaksi terhadap kepimpinan KeADILan di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Tak perlu diulas mengenai apa yang dibincangkan, akan tetapi saya ingin mengulas mengenai personaliti yang terlibat.Dato' Zaid Ibrahim (gambar kanan) diberitakan mengambil cuti Politik selama 6 bulan dari menghadiri Mesyuarat Biro Politik KeADILan, akan tetapi beliau akan tetap terlibat di dalam program parti dan Pakatan Rakyat(PR).
Meletakkan perkiraan politik ketepi, saya berpendapat Dato' Zaid walaupun baru di dalam KeADILan, idea dan visi beliau adalah jelas tentang arah mana Parti ini sepatutnya dibawa iaitu Parti yang membela semua kepentingan Rakyat tanpa mengira latarbelakang.Beliau juga telah menggariskan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai tujuan tersebut.
Jelas aspirasi yang beliau gariskan tersebut mendapat sokongan dari beberapa kelompok di dalam KeADILan (melalui reaksi yang diterima terutamanya dari Sabah & Sarawak), tetapi dari kelompok yang lain reaksinya adalah berlainan.Telahan utama saya mengenai reaksi negatif yang diterima terhadap visi Dato' Zaid adalah kerana beliau dilihat sebagai ancaman kepada sebilangan pimpinan yang lebih senior dari beliau di dalam Parti.Apa yang diharapkan, pimpinan baru dan lama ini akan dapat mencapai kata sepakat dan bekerjasama untuk kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan jawatan politik semata-mata, kerana inilah perbezaan utama perjuangan kita di PR berbanding dengan lawan kita di BN
Comments
Post a Comment