Bajet 2010 : Mana Fokus Najib untuk Pahang ?

Meneliti ucapan belanjawan oleh PM pada Jumaat lepas untuk mencari-cari peruntukan khas untuk negeri Pahang.Terdapat 3 bahagian di dalam ucapan beliau yang menyebut tentang kawasan di Pahang yang bakal menerima peruntukan dari Bajet 2010 seperti di bawah :

1. Item 82 Perlebaran Jalan di Koridor ECER RM3.5Bil (Antara lain pelebaran jalan di koridor Bentong - Raub - K.Lipis - Gua Musang )

2. Item 110 - Lonjakan Mega RM141 Juta ( Antara penerima adalah golongan miskin tegar di Chemomoi )

3. Item 118 - Naik taraf hospital RM14.8Bil ( Antara penerima adalah hospital Bera)

Menarik untuk dilihat bagaimana peruntukan yang dinyatakan diatas diperingkat Pusat bakal diterjemahkan oleh Menteri Besar Pahang di dalam pembentangan Bajet Negeri Pahang bagi tahun 2010 dalam masa terdekat.Saya menjangkakan Pahang bakal menyediakan bajet sekitar RM800 juta untuk tahun 2010 dengan pendapatan kerajaan sekitar RM550juta.Sama-sama kita tengok.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Kepada Najib & Muhyiddin: Yang Mana Satu ? 1Malaysia OR Ketuanan Melayu UMNO ?

Utusan Malaysia & Zaini Hassan : Memalukan Bangsa Melayu

Pemikiran Bahaya Mokhtar Senik