Reformasi UMNO : Apa Yang Boleh Diharapkan ?
Menarik untuk diperhatikan dan dianalisa mengenai Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas.Ucapan dasar Presiden UMNO dan Ketua Pemuda UMNO agak lain dari kebiasaannya dimana retorik berasaskan 'Ketuanan Melayu' boleh dikatakan hilang dari teras ucapan mereka.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) mengutarakan cadangan supaya orang Melayu membuang 'Siege Mentality' dimana beliau menuntut orang Melayu supaya tidak hanya bergantung kepada Hak Istimewa Orang Melayu dan tidak melenting apabila kaum yang lain mempersoalkan Hak Tersebut.
Manakala Presiden UMNO, Najib Razak menekankan yang UMNO bukan sahaja boleh menjaga kebajikan orang Melayu, bahkan mereka boleh menjaga kebajikan kaum yang lain juga.
Walaupun begitu, kalau kita teliti setiap tindak tanduk pemimpin UMNO ini, sebelum dan selepas perhimpunan, jelas mereka tidak mengotakan apa yang dikata.Kalau sebelum ini kita dapat melihat bagaimana mereka memanipulasikan segala macam jentera kerajaan seperti SPRM, Polis, BTN di dalam menjayakan fahaman sempit politik perkauman mereka, maka saya pasti dimasa hadapan juga UMNO akan tersu bersika sedemikian. Bermula dengan tragedi Tembakan kepada orang awam di Batu Buruk Terengganu, Kes Kematian Kugan di Balai Polis USJ, Rampasan Kuasa Di Perak, Kematian Mendiang Teoh Beng Hock Di SPRM Shah Alam dan pelbagai kes lagi termasuk Skandal PKFZ.Ini semua berlaku sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2009. Apa yang bakal terjadi selepas Perhimpunan Agung UMNO 2009 ? sama-sama kita tunggu dan lihat, bakal berubahkah UMNO/BN dari sikap Rakus & Sombong mereka? Saya berani bertaruh untuk seluruh duit dalam dompet saya yang UMNO tetap akan kekal seperti UMNO yang dahulu iaitu Parti yang Rakus,Sombong & Tidak peduli akan Rakyat Jelata. Sama-sama kita tunggu...

Comments
Post a Comment