Siasatan Berpilih SPRM : Rakyat Perlu Buka Mata

Saya amat mengalu-alukan tindakan SPRM yang amat pantas untuk menyiasat kes penyalahgunaan kontrak melombong pasir di Negeri Selangor.Setakat ini 34 orang sedang disoalsiasat berhubung dengan dakwaan rasuah yang dianggarkan berjumlah RM280,000 dan juga suapan Seks.
Walaubagaimanapun, terdapat juga kes salah laku lain yang membabitkan personaliti politik tanahair yang melibatkan JUTAAN dan BILLION ringgit yang masih tidak mendapat susulan yang pantas dari SPRM.Kes PKFZ (RM11 Billion), Kehilangan Enjin Jet F5-E (RM100 juta), Rumah Bekas Menteri Besar Selangor (RM20 Juta) masih berada dalam keadaan senyap dan sunyi.
SPRM sepatutnya mengambil tindakan tanpa memilih bulu, sedikit atau banyak jumlah yang terlibat, kecil atau besar individu yang terlibat perlu dibawa kemuka pengadilan.Jika tidak takyat akan melihat SPRM sebagai badan yang berat sebelah dan tidak berwibawa.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Kepada Najib & Muhyiddin: Yang Mana Satu ? 1Malaysia OR Ketuanan Melayu UMNO ?

Utusan Malaysia & Zaini Hassan : Memalukan Bangsa Melayu

Pemikiran Bahaya Mokhtar Senik