Fragmen Hidup : Mentor Yang Tidak Di Dendang
1. Agak hormat dan kagum kepada mereka yang berupaya bangkit dari kegagalan dan menyusun kembali hidup mereka untuk mencapai apa yg dihajati 2. Apabila membaca kisah rakan2 yg gagal dlm peperiksaan SRP,SPM, Universiti dsb dan kemudian mereka bangkit berjuang dgn menyusun pelbagai strategi dan berusaha utk berjaya, atau apabila saya melihat rakan2 yg mungkin agak terkebelakang semasa disekolah dan mendapat keputusan yg biasa2 sahaja dlm peperiksaan tetapi kemudiannya mereka bertatih dari mengambil Sijil,Diploma,Ijazah smp keperingkat Masters, timbul rasa kagum dan salute kpd mereka 3. Kenapa? Sekiranya saya berada dikedudukan mereka, saya tak fikir saya akan punya kekuatan dan daya tahan untuk bangkit seperti mereka dan melakar kejayaan mencapai apa juga impian di dalam hidup 4. Apabila membaca kisah yg mereka tulis tentang rahsia atau resepi kejayaan mereka, satu faktor yg sentiasa di angkat adalah mempunyai pendorong/mentor atau dl...