Sek Keb Chat & Catur



Berasa agak bangga dengan Sekolah Kebangsaan Chat di Benta kerana pencapaian yang cemerlang dalam kejohanan catur peringkat kebangsaan.Setakat yg saya ikut mereka yang mewakili Pahang berada di kedudukan ke-3 liga. Bagi mereka yang berada di luar Benta apatah lagi rakyat  luar Pahang mungkin tidak mempunyai idea di mana terletaknya Kg. Chat ini, Ia boleh dikatakan berada dikedudukan paling hujung kalau kita ikut Jalan Benta-Jerantut, masuk disimpang Kg. Budu lebih kurang 4km-5km kedalam.
Namun bukan kedudukan geografi yang menarik perhatian saya, tetapi kesungguhan tenaga pengajar yang saya difahamkan dari warga tempatan yang bukan guru sekolah yang bersungguh-sunggu membangunkan keupayaan murid untuk menungguli permainan catur.Tak pernah saya fikir yang dalam banyak-banyak permainan, permainan catur yang dipilih sebagai teras dan dengan kesungguhan dan latihan yang saya pasti agak intensif mereka berjaya diperingkat kebangsaan
Sangat berharap suatu hari nanti akan "cross path" dengan adik-adik ini setelah mereka dewasa di peringkat yang lebih tinggi dalam apa2 bidang yang mereka ceburi. Good luck untuk mereka sekali lagi untuk pertandingan catur peringkat kebangsaan dan saya meminjam semangat mereka yang dimana ada kemahuan, disitu akan ada jalannya! Kg Chat Boleh!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Kepada Najib & Muhyiddin: Yang Mana Satu ? 1Malaysia OR Ketuanan Melayu UMNO ?

Utusan Malaysia & Zaini Hassan : Memalukan Bangsa Melayu

Pemikiran Bahaya Mokhtar Senik