Pertanian itu satu perniagaan ? biar betul!

1. Sewaktu saya dibangku sekolah, saya rasa saya agak OK dalam bab bertani. Pernah mengusahakan kebun-kebun ibunda saya, kebun getah, koko dan bertanam pisang dan sayur

2. Berasa agak bangga kerana sewaktu menunggu keputusan SPM, sempat menanam pisang dan sayur sekitar rumah pusaka ibu saya dan hasilnya keluar semasa saya sudahpun melanjutkan pelajaran di Asasi Sains UM. Waktu itu ibunda saya rajin berjual di pasar minggu Benta dan gembira memaklumkan kepada saya yang pisang-pisang yang saya tanam mengeluarkan hasil yang baik dan dapat dijual.

3. Paling mengejutkan apabila sewaktu saya bercuti semester dan mengambil beliau sehabis berjual di pekan sehari, saya tengok sayur-sayur yang dijual seperti timun,bender dan kacang panjang agak fresh dan 'gemuk-gemuk'. bila saya tanya, mak ambil sayur-sayur ni dari peraih mana? dia jawab, Ini adalah sayur yang saya tanam dahulu, dah keluar hasilnya

4. Itu dulu, sekarang saya masih mengusahakan kebun sendiri sebagai persiapan untuk bersara nanti, namun sudah bertahun mencuba semuanya menemui kegagalan.

5. Bermula dari sekitar tahun 2006, saya bermula menanam Pisang, Limau Nipis, Getah dan yang terakhir sekali adalah kelapa sawit. semuanya gagal.Paling mengecewakan, pada tahun 2013 kelapa sawit yang saya tanam hanya sempat bertahan selama 2 minggu sebelum habis tirosakkan oleh babi hutan

6. Penat memikirkan, apa yang silap ? Sekarang sebagai seorang yang keras kepala dan degil, sekali lagi saya membuat percubaan untuk menjayakan tanah kebun. kali ini dengan perancangan dan perlaksanaan yang lebih tersusun dan kemas (perasan sendiri sebelum gagal lagi)

7. Kelainan yang saya rasa pada kali ini adalah pasukan yang menjayakan kebun saya adalah dari kalangan mereka yang memang Hang Kebun tempatan, bukannya pemain import atau mereka yang baru-baru mencuba untuk berkebun.

8. Harapnya Berjaya kali ini.









Comments

Popular posts from this blog

Soalan Kepada Najib & Muhyiddin: Yang Mana Satu ? 1Malaysia OR Ketuanan Melayu UMNO ?

Utusan Malaysia & Zaini Hassan : Memalukan Bangsa Melayu

Pemikiran Bahaya Mokhtar Senik