Adakah Kita Di Persimpangan Ataupun Di Tepi Jurang ?
Amat merisaukan melihat perkembangan politik di dalam negara kita sekarang.Suka atau tidak suka, pentadbiran negara ini dan juga negeri-negeri di dalamnya diamanahkan oleh Rakyat kepada pemimpin-pemimpin yang bergabung di dalam parti-parti politik Samada Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional, pada parti-parti politik ini tergalas beban amanah yang amat berat.Pakatan Rakyat mentadbir 4 negeri manakala selebihnya oleh Barisan Nasional. Diperingkat pusat pula BN masih lagi mentadbir Malaysia walaupun tanpa majoriti 2/3. Ramai sudah mengetahui, UMNO yang menerajui BN sentiasa dilanda krisis disebabkan oleh 'warlords' yang menguasai UMNO itu sendiri.Mereka menikam sesama sendiri untuk menuju puncak kuasa dan pelbagai salah laku rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya sudah menjadi identiti UMNO.Namun ini semua dapat ditutup dari pandangan umum oleh media massa yang dikuasai oleh BN/UMNO Parti-parti komponen BN juga hebat dengan krisis mereka, MCA dengan pertembungan antara Preside...