Posts

Perihal Kemenangan yang Nyata

Image
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata, 1. Semalam di negeri Cik Siti Wan Kembang aka Serambi Mekah telah berlaku satu drama perebutan bangunan hartanah di antara 2 parti politik. Di khabarkan pertikaian telah sampai ke tahap cabaran di mahkamah syariah (bahagian harta pusaka) dan juga mahkamah sivil (tuntutan hak milik)   2. Salah satu pihak yang bertelagah telah mengadakan perhimpunan di hadapan hartanah terbabit dan menyeru supaya ahli-ahli mereka berkumpul bersama-sama untuk memacakkan bendera parti berkenaan sebagai tanda yang hartanah tersebut sudah menjadi milik mereka   3. Salah seorang pemimpin muda parti berkenaan  telah berucap dan di dalam ucapan nya beliau membaca ayat pertama dari surah Al-Fath yang bermaksud Allah s.w.t sudah membuka jalan kemenangan bagi perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dengan kemenangan yang nyata. Saya tidak begitu pasti konteks ayat ini denga...

Pemikiran Bahaya Mokhtar Senik

Image
1. Mungkin kepada yang membaca tulisan Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang menganggapnya sebagai satu sindiran dan satira semata-mata   2. Namun apabila kita teliti, setiap baris tulisannya, ia menggambarkan satu jenis pemikiran melampau yang sudah pasti beliau akan tanamkan ke dalam pemikiran pengikut beliau (macam Al-Maunah juga)   3. Cuba lihat akan sindiran beliau terhadap Peguam dan Ahli Parlimen Sepang iaitu YB Hanipa Maidin.Sy tidak berkisah sangat terhadap intimidasi beliau yang mengatakan Hanipa Maidin sebagai peguam Low Class (walau saya rasa standard Mokhtar Senik adalah jauh lagi rendah dari Hanipa Maidin dari segi latar belakang pendidikan)   4. Namun begitu, mengaitkan seolah-olah bahawa kalau terdapat kritikan terhadap apa-apa juga aktiviti anjuran PAS seperti himpunan Fastaqim, ia seolah-olah mengkritik terhadap amalan ibadat anjuran Islam   5. Juga, Mokhtar Senik seolah-olah,sudah menjatuhkan hukuman sesat akidah terhada...

Antara Berfikir Aras Tinggi & Bermimpi Aras Tinggi

Image
1. Melihatkan akan soalan-soalan yang ditanya kepada anak-anak yang berusia 12 tahun membuatkan saya tertanya-tanya apa yang kita mahu anak kita capai pada usia semuda itu? Adakah kita mahu mereka berfikir seperti orang yang berusia 20 tahun? atau kita mahu mereka bermimpi (berimaginasi) seperti orang 20 tahun?   2. Sekitar usia 12 tahun, antara kegemaran saya yang utama sepulang sahaja dari sekolah adalah bermain-main dengan mesin jahit tua kepunyaan ibu (atau kakak saya). Saya akan duduk di  bahagian bawah mesin jahit (bahagian dimana kaki digunakan untuk menggerakkan mesin jahit)   3. Saya akan duduk sambil memusing-musing bahagian yang bulat berupa stering di bahagian bawah kanan mesin jahit tersebut. Imiganisinya adalah saya seorang pemandu Bas Lin Siong yang memandu dari Benta ke Jerkoh (kerana itulah laluan pergi dan balik sekolah saya) dan saya membayangkan dimana saya harus memusing stereng untuk belok ke kanan dan kiri   4. Juga saya membayan...

Bersabarlah dengan Kesabaran yang Terbaik

فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ 1. Sekadar renungan buat sahabat baik yang sedang diuji oleh Allah dgn mengalami gering yg agak berat dan sedikit kesukaran hidup 2. Antara kisah epik di dalam sejarah manusia adalah kisah hidup Nabi Yusuf A.S(Joseph) dan bapaknya Nabi Yaakub A.S (Jacob) 2. Ujian yg pertama dtg apabila anak kesayangan Nabi Yaakub, iaitu Yusuf dihumbankan kedalam perigi oleh saudara kandung mereka yg irihati dgn kasih syg yg d tunjukkan kpd Yusuf oleh Nabi Yaakub. Apabila berita palsu yg disampaikan kepada Nabi Yaakub yang kononnya Yusuf sudah dimakan serigala, antara ucapan Nabi Yaakub setelah meluahkan kekecewaann...

Pertanian itu satu perniagaan ? biar betul!

Image
1. Sewaktu saya dibangku sekolah, saya rasa saya agak OK dalam bab bertani. Pernah mengusahakan kebun-kebun ibunda saya, kebun getah, koko dan bertanam pisang dan sayur 2. Berasa agak bangga kerana sewaktu menunggu keputusan SPM, sempat menanam pisang dan sayur sekitar rumah pusaka ibu saya dan hasilnya keluar semasa saya sudahpun melanjutkan pelajaran di Asasi Sains UM. Waktu itu ibunda saya rajin berjual di pasar minggu Benta dan gembira memaklumkan kepada saya yang pisang-pisang yang saya tanam mengeluarkan hasil yang baik dan dapat dijual. 3. Paling mengejutkan apabila sewaktu saya bercuti semester dan mengambil beliau sehabis berjual di pekan sehari, saya tengok sayur-sayur yang dijual seperti timun,bender dan kacang panjang agak fresh dan 'gemuk-gemuk'. bila saya tanya, mak ambil sayur-sayur ni dari peraih mana? dia jawab, Ini adalah sayur yang saya tanam dahulu, dah keluar hasilnya 4. Itu dulu, sekarang saya masih mengusahakan kebun sendiri sebagai persiapan untu...

Fragmen Hidup : Mentor Yang Tidak Di Dendang

Image
    1. Agak hormat dan kagum kepada mereka yang berupaya bangkit dari kegagalan dan menyusun kembali hidup mereka untuk mencapai apa yg dihajati  2. Apabila membaca kisah rakan2 yg gagal dlm peperiksaan SRP,SPM, Universiti dsb dan kemudian mereka bangkit berjuang dgn menyusun pelbagai strategi dan berusaha utk berjaya, atau apabila saya melihat rakan2 yg mungkin agak terkebelakang semasa disekolah dan mendapat keputusan yg biasa2 sahaja dlm peperiksaan tetapi kemudiannya mereka bertatih dari mengambil Sijil,Diploma,Ijazah smp keperingkat Masters, timbul rasa kagum dan salute kpd mereka  3. Kenapa? Sekiranya saya berada dikedudukan mereka, saya tak fikir saya akan punya kekuatan dan daya tahan untuk bangkit  seperti mereka dan melakar kejayaan mencapai apa juga impian di dalam hidup  4. Apabila membaca kisah yg mereka tulis tentang rahsia atau resepi kejayaan mereka, satu faktor yg sentiasa di angkat adalah mempunyai pendorong/mentor atau dl...

Sek Keb Chat & Catur

Image
Berasa agak bangga dengan Sekolah Kebangsaan Chat di Benta kerana pencapaian yang cemerlang dalam kejohanan catur peringkat kebangsaan.Setakat yg saya ikut mereka yang mewakili Pahang berada di kedudukan ke-3 liga. Bagi mereka yang berada di luar Benta apatah lagi rakyat  luar Pahang mungkin tidak mempunyai idea di mana terletaknya Kg. Chat ini, Ia boleh dikatakan berada dikedudukan paling hujung kalau kita ikut Jalan Benta-Jerantut, masuk disimpang Kg. Budu lebih kurang 4km-5km kedalam. Namun bukan kedudukan geografi yang menarik perhatian saya, tetapi kesungguhan tenaga pengajar yang saya difahamkan dari warga tempatan yang bukan guru sekolah yang bersungguh-sunggu membangunkan keupayaan murid untuk menungguli permainan catur.Tak pernah saya fikir yang dalam banyak-banyak permainan, permainan catur yang dipilih sebagai teras dan dengan kesungguhan dan latihan yang saya pasti agak intensif mereka berjaya diperingkat kebangsaan Sangat berharap suatu hari nanti akan "cross...